December 6, 2010

Salam Maal Hijrah @ Awal muharram

Asslamualaikum w.b.t

Salam Ukhwah buat semua. Selamat menyambut awal muharram. Thanks God! aq sujud syukur padaMU  yaALAH krn masih menyayangi aku sebagai hambaMU, memberi kesejahteraan dan kesihatan yang baek.  Semoga kita akan sentiasa dalam lindungan ALLAH s.w.t. dan Semoga Allah melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNya untuk kita agar dapat mengamalkan dan memuliakan kedatangan awal Muharram pada tahun nie. insyaAllah.amin.



MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Ia bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah, tahun 622 Masihi.  Selain itu, ia juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk (negatif) atau kurang baik kepada lebih baik atau sempurna.

Barang Sesiapa yang membaca Doa Awal Tahun , Syaitan berkata :


“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Wallahualam..

No comments: